2021
Semua fantasi saya tentang kecanggihan 2020 yang pernah saya bayangkan 15 tahun lalu, hancur lebur. Sehingga ke saat ini (9 Januari 2021 pukul 2.30 petang) sudah lebih 2 juta korban pandemik Corona di bumi. Ia menggerunkan setiap kali membayangkan bagaimana ia merebak sangat cepat masuk ke dalam rongga pernafasan manusia.
Beberapa hari lepas saya mengajukan cadangan novel baharu 2021 kepada calon Sasterawan Negara, Syed Mohd Zakir, tentang idea dan hasrat saya untuk memulakan penulisan novel 100 muka surat dan meminta Nusa Centre menerbitkannya. Semuanya berjalan baik. Dan, saya telah memulakannya, sudah lama saya ingin menulis cerita ini - kisah gelap jiwa manusia dan perlawanan dari dalam untuk terus hidup - dan ketika memulakannya saya teringat mesej Dr. Rem dalam acara sastera beberapa belas bulan lalu, tentang karya sastera di Malaysia membacanya ibarat kita bersetubuh, sakit tetapi tidak inzal. Sudah tentu perumpamaan ini akan mengundang reaksi pelbagai, namun bagi orang yang berfikiran terbuka dan menerimanya dari konteks kepuasan emosi dan akal (selain mendapat mesej yang murni, membangunkan kecerdasan akal, membina bangsa dan memenangkan akidah) ia boleh jadi benar. Saya mengambilnya dari sudut positif.
Ramai orang memilih menghabiskan hidup dengan terjun bangunan dan gantung diri akibat kebuntuan cari jalan hidup sepanjang pandemik. Saya mendengar tentang bayi yang diberi air kosong dan kopi kerana orang tua tidak mampu membeli susu. Saya mendengar ibu dan ayah yang memilih untuk berhenti mengambil ubat-ubatan, lampin pakai buang, demi mendahulukan anak cucu agar mereka terus dapat makan dua kali sehari. Kisah seperti ini tidak lagi membuat kita tergamam kerana berlaku di mana-mana sahaja bagi golongan yang putus pendapatan akibat dibuang kerja dan hilang periuk nasi. Masalah saya cuma bosan duduk di rumah, kerana tidak banyak dapat dilakukan sekiranya ia merujuk kepada business atau pergerakan ke sini sana, dan petis sejuk serta meja sentiasa penuh. Rasa berdosa.
apa yang anda harapkan pada tahun 2021?
Saya masih kecewa dengan fantasi saya 15 tahun lalu yang hancur lebur tentang kecanggihan yang sepatutunya kita kecapi pada tahun 2021, salah satu daripadanya ialah kereta terbang .......
RM
Comments
Post a Comment