Posts

Showing posts from April, 2020

Kenapa anda menulis? SUNTIK 4/2020 - bahagian 2

Milan Kundera berkata; jika anda hendak menghancurkan sesebuah bangsa, musnahkan tulisan dan bahasanya terlebih dahulu.  Untuk apa anda menulis? Untuk siapa anda menulis? Adakah terkurung menjadikan anda lebih produktif dan kreatif? Kita membaca Hamka, Shahnon Ahmad, Azizi Abdullah, Arundhati Roy, Pramoedya, Ayu Utami, Roslan Jomel, Syed Mohd Zakir, Chinua Achebe, Marlon James, Michio Kaku, Yuval Noah Harari ( anda senaraikan sendiri buku dan pengarang yang anda baca hasil tulisan mereka) dan apa yang anda temui dalam tulisan mereka? Sudahkah anda menguasai semua peralatan sastera? Secara keseluruhannya karya cerpen yang disiarkan dalam tiga akhbar utama di Sabah sepanjang Mac 2020, mutunya itu-itu juga tetapi seimbang. Saya ingin penulis muda seperti Hanif Yusof dan Edward Solibi serta Sabran Kibong bermin di padang sastera yang lebih luas. Daya khayalan mereka bagus tetapi apabila kita membaca tulisan mereka, bagaikan ada sesuatu yang mengikat mereka untuk meneroka leb...

Cerita Orang-Orang Sunyi

Image
Buku ini boleh dibeli di Kedai Nano  https://shopee.com.my/kedainano  😁 Ketika seorang pengarang ingin menulis kisah yang hidup, pengarang itu akan sedaya upaya menyembunyikan kebenaran. Hal itu berlaku terhadap buku ini. CERITA ORANG-ORANG SUNYI. Tujuan tulisan ini dibuat bukan untuk menjual buku tetapi saya hanya ingin memberitahu saya mempunyai buku baharu. Ia buku kumpulan cerpen saya ketujuh dan jauh lebih bermakna berbanding buku cerpen saya yang lain. Saya tidak pernah meletakkan sebarang sasaran untuk mempunyai sejumlah buku cerpen, atau novel atau buku dari gendre lain begitu dan begini banyaknya, tetapi saya mempunyai kesabaran agak tinggi ketika berkarya (tanpa memikirkan ke mana buku itu akan pergi) dan syukur kepada Tuhan kesabaran itu belum meninggalkan saya. Terima kasih untuk S yang telah menjadi bahagian (meskipun bukan seluruhnya) penutup cerita dalam buku ini  Sebuah realisme. Benarlah agaknya apabila semakin bertambah usia kita, kemat...

Daya khayalan dan bakat tidak pernah cukup (1) SUNTIK 4/2020

Image
Sebelum membaca cerpen-cerpen yang disiarkan dalam tiga akhbar: Utusan Borneo, New Sabah Times dan Daily Ekspress, dengan kerjasama DBP Cawangan Sabah dan SUNTIK, bagi siri SUNTIK 4/2020 lalu, saya membayangkan mutu cerpen penulis negeri ini semakin baik. Semasa membaca, batuk-batuk kecil saya menjadi bertambah serius. Kita sudah berada pada tahun 2020 dan saya teringat akan cerpen-cerpen India tahun 70-an, sebahagian daripada tulisan cerpenis negeri ini membawa saya kepada kualiti penulisan penulis India empat dekad lalu. Adakah ini sesuatu yang baik? Setelah membaca, saya mendapati kita masih mengulangi pencapaian yang lalu-lalu. Kita menulis kerana ingin membebaskan daya khayalan dan mengasah bakat. Ini sama sekali tidak salah. (Orang Sabah bilang, ndak juga ditangkap polis bah gaman) Secara keseluruhannya cerpen sepanjang bulan Mac 2020 seimbang. Memandangkan ini program apresiasi - bermaksud pandangan penilaian saya tidak menggambarkan pandangan seluruh penikmat sastera lai...