Posts

Showing posts from July, 2018

Based On

1).  Sejak kebelakangan ini saya menggemari sesuatu berkaitan 'Based On' kerana ia bagaikan peta yang akan membawa saya dari satu titik ke titik lain dan jika saya cukup bertuah (selalu ya) saya akan menemui 'jalan baharu' untuk mencipta cerita yang lain (saya bercakap tentang proses kreatif) dan saya mendapati sesuatu seperti ini selalu berkenaan kisah-kisah thriller, crime, mystery dan fiksyen sains. Saya belum menemui buku Ba Jin (Ha Jin lain lagi) atau Ralph Ellison yang dijadikan sebagai based on kepada idea-ieda pengarang atau penulis skrip untuk membawanya jauh ke bentuk lain menjadi mash up atau parody misalnya kerana bentuknya yang konvensional sangat, melankoli serta tertutup di ruangnya tersendiri. 2). Filem The Vanished Korea 2018 versi asal Sepanyol berjudul The Body tahun 2012 misalnya. Ideanya mudah, si suami membunuh si isteri (dengan cara menyuntik bahan pelali TC-16 yang akan menyebabkan tubuh menjadi kejang dan meninggal perlahan-lahan) kerana si ...

Perubahan

1. ) Dalam bukunya  (novel autobiografi) Change, Mo Yan merobohkan bangunan usang di Pekan Kaunti dan membina empat buah rumah baharu dalam tempoh masa sebulan. Hal ini membuat saya kagum kerana untuk melakukan perubahan, kita tak perlu membina sesuatu dari tanah yang luas atau menggali dasar bumi atau mencipta hal-hal yang belum ditemui orang lain. Cukup dengan memperbaharui hal-hal lama/usang/buruk dan menjadikannya bermanfaat untuk orang lain yang memerlukan. Jika anda membaca novel-novel Mo Yan, Red Sorghum misalnya atau The Republic of Wine atau Big Breasts and Wide Hips dan POW! anda akan mendapati beliau menghadam dengan baik buku klasik The Three Kingdoms, Dreams of the Red Chamber dan Journey to the West yang menjadi kegemaran penikmat sastera klasik dunia dan beliau menghafal puisi-puisi Tang dan Song. (Kita baca Hikayat Hang Tuah tak? Sudah baca Sulalatus Salatin?) Satu hal yang saya amati mengenai Mo Yan ialah hampir besar ilham penulisannya bertitik tolak daripad...