Hari-Hari Terakhir di Jesselton
Beberapa judul buku saya boleh dicari (kalau rasa mahu beli untuk bacaan sekarang dan masa depan) di Kedai Nano https://shopee.com.my/kedainano 💛😊 Memulakan dan menyudahkan manuskrip novel ini memberi kesan yang pelbagai. Saya memulakan dengan cepat tetapi menutupnya perlahan (bahkan tertangguh banyak kali) dan melalui proses penambahan serta suntingan pada saat-saat akhir agar ceritanya tidak tergantung. Termenung juga saya dibuatnya selama beberapa minggu ketika editor novel ini, Puan Salona bertanya apakah ceritanya sengaja dibiar tergantung atau saya perlu membuat penambahan? Dan meskipun saya membuat penambahan tetap saja ada persoalan yang tidak berjawab (sengaja?) dan saya membiarkan pembaca sendiri yang membuat kesimpulan. Selama saya menukangi manuskrip ini saya membayangkan visual drama pentas kerana hampir seluruh cerita dalam novel ini digerakkan dengan perilaku dan fikiran watak-wataknya sebagai seorang bintang bangsawan. Mereka berlakon untuk cari makan ...