Posts

Showing posts from 2017

Terbaik Oktober

Image
Salam, semoga anda sihat sejahtera. Bermula November ini saya akan berkongsi filem terbaik (mengikut citarasa saya) serta buku terbaik (juga mengikut pilihan hati saya) dan jika saya rajin saya akan membuat penjelasan panjang berjela-jela mengenai pilihan itu tetapi sekiranya tidak, saya hanya akan menyebut judul-judulnya. Anda tentu lebih rajin menonton dan membaca. Senarai ini hanya salah satu di antara ratusan filem dan buku yang anda baca. Cita rasa manusia memang jarang sama. Filem terbaik The Happiest Day in Oki Mali Life Menonton filem ini mengingatkan saya kepada novel  Hector & The Search For Happiness karangan Francois Lelord, pengarang Perancis yang banyak menghabiskan usia dewasanya di beberapa buah negara Asia Tenggara dan sekarang menetap di Thailand. Di pertengahan filem ini, saya teringat pula (sebenarnya membawa ingatan saya kepada Denis Theriault yang menulis novel The Peculiar Life of a Lonely Postman, juga pengarang Perancis yang kini menetap d...

hal-hal yang tertangguh dan terus berjalan

1.) Saya menghadiri Dialog Teluk Ke-10 di Lawas, 28 September- 1 Oktober 2017. Saya pernah menghadiri Dialog Teluk  Ke-6 di Labuan, sembilan tahun lalu. Tidak banyak yang berubah. Tiada yang baharu. Orang-orangnya masih sama. Audien dirancang (datang untuk berjalan-jalan, melihat pemandangan, jumpa teman-teman dan mengimbau kenangan) dan saya fikir, sekiranya umur saya panjang dan saya menghadiri Dialog Teluk sekali lagi sembilan tahun akan datang, hal yang sama akan berlaku.  Akan tetapi, demi nama sastera dan persuratan, saya berkata dalam hati; ini masih okay. Bukan senang ingin menganjurkan acara besar (?) seperti ini dan melibatkan manusia yang datang dari pelbagai wilayah. Saya yakin hasrat semua orang murni. Cinta, ingin tahu, kesunyian, matlamat peribadi, jaga hati dan senarainya akan terus berjalan telah menemukan kita dengan seseorang atau sekumpulan manusia pada setiap acara dan mencipta kenangan. Dan saya yakin hasrat semua orang murni. Demi sastera dan persuratan...

Proses kreatif seorang Ruhaini

Pada satu-satu masa, saya disiplinkan diri (mewajibkan) membaca lebih daripada 5 buku. Satu bab sehari bagi setiap buku. Sebulan, atau kurang mesti habis baca. Buku-buku yang saya baca tidak semestinya fiksyen. Kadangkala seorang penulis mendapat ilham ketika membaca buku-buku bukan fiksyen, buku motivasi misalnya, buku-buku agama, buku panduan memasak, apa sahaja yang boleh dibaca. Simpan dalam kepala. Suatu masa kelak antara jutaan maklumat dalam kepala kita akan melompat keluar di celah-celah plot cerita yang kita tulis. Itu dipanggil proses kreatif. Ada penulis lebih selesa menulis sambil mencari maklumat. Saya tidak begitu. Bila saya menulis, saya hanya akan menulis. Bila saya membaca, saya hanya membaca. Tetapi, bila saya sudah habis baca 10 buah buku, saya mesti menulis sekurang-kurangnya dua cerpen dan melakar plot sebuah novel (siap atau tidak, soal kedua) dan saya simpan. Dahulu saya menulis hampir setiap hari, kini kurang. Tetapi saya membaca setiap hari. Barangkali usia ...

Ke rumah ingatan

Buku-buku awal saya tidak pernah saya sebut di mana-mana, juga di dalam blog ini kerana saya tidak mempunyai ingatan yang baik tentang mereka. Tetapi Internet memberitahu mereka wujud. Setelah berunding dengan diri sendiri, saya ingin berbicara tentang mereka serba sedikit. Dahulu, kecenderungan saya melepaskan tekanan belajar ialah dengan menulis tanpa terikat dengan syarat-syarat bagaimana menghasilkan sebuah karya yang baik (bahkan saya tak tahu pun). Saya tulis dalam komputer (14 tahun lalu komputer besar gedebak oiii) saya cuma menulis dan tinggalkan mereka dalam disket (banyak yang hilang akibat trojan) atau di mana-mana saja tanpa terfikir ingin menghantarnya ke mana-mana penerbitan. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari (pagi rasanya, hari Khamis) pemilik rumah penerbitan Ghost Writer menelefon saya dan memaklumkan bahawa beliau telah menerima manuskrip yang saya hantar (Ah??) dan bersetuju menerbitkan. Oh ok! Saya jadi pelik. Seminggu kemudian teman serumah saya (ruma...

Novel Jendela Menghadap Jalan - sebuah trivia; bahagian 1

Image
Saya fikir saya harus menulis mengenai entri ini memandangkan novel ini menjadi teks kajian pelajar (juga guru-guru sekali) yang mungkin tertanya-tanya setiap sesuatu di sebalik simbol tempat, watak serta latar yang membangunkan cerita. Saya gunakan teknik 'cantuman idea' yang bermakna tidak keseluruhan cerita berlaku di kampung datuk. Kampung yang jendela-jendelanya menghadap ke jalan dibina oleh cantuman-cantuman idea. Ia wujud tetapi tidak pada satu latar. Ia wujud disebabkan oleh cantuman-cantuman idea hasil daripada perjalanan saya. Ia sebuah fiksyen.  Misalnya begini. Watak nenek, beliau seorang berketurunan Cina, itu betul. Idea watak ini saya tulis selepas kunjungan di Kampung Cina, Terengganu. Usia kampung ini sekitar 300 tahun, menjadi tempat pedagang singgah dari Selatan China. Kedai-kedai lama sudah banyak diubahsuai dan dijadikan kafe, restoran serta rumah tumpangan dengan ciri moden. Rata-rata generasi baharu di kawasan kampung ini dipanggil Peranakan. Ia t...

hal-hal kecil yang menjadi kegemaran, bahagian 1

Setiap individu mempunyai benda-benda kecil (atau besar) yang menjadi kegemaran dalam hayat mereka di muka bumi dan perkara ini sangat subjektif. Tidak semua orang atau tidak akan ada orang yang mempunyai tarikan cita rasa yang sama dengan anda seratus peratus. Dan itu bagus kerana mewujudkan kepelbagaian, kalau semua remaja perempuan meminati Camila Cabello atau kaum lelaki cenderung menyokong kelab Spurs atau pasukan Itali, maka aliran kegiatan kapitalis akan pincang. Berikut antara hal-hal yang saya sukai, ada banyak lagi tetapi ini yang teratas dan tidak dihakis oleh kemunculan godaan-godaan semasa.  1). Quote kegemaran      You say that you love rain, but you open your umbrella when it rains. You say that you love the sun, but you find a shadow spot when the sun shines. You say that you love the wind, but you close your windows when wind blows. This is why I am afraid, you say that you love me too. William Shakespeare 2). Buku (fiksyen) ...

2017 tahun yang mengujakan

Saya fikirkan bekerja secara freelance akan memberi ruang 'rehat' lebih banyak berbanding bekerja sepenuh masa. Tetapi saya silap. Saya menjadi jauh lebih sibuk keraa saya telah keluar dari ruang selesa (makcik pakcik di kampung kata; dapat kerja makan gaji, ada epf, ada pencen ok la nak, lebih baik daripada kerja kontrak atau menganggur) dan mendorong saya lebih aktif melakukan pelbagai aktiviti membelanjakan waktu, tenaga serta modal di tangan untuk mengusahakan sesuatu untuk 'hari hujan' dan jika saya tahu ia begitu menyeronakkan, saya harus melakukannya sepuluh tahun lalu. Apabila anda telah biasa menjalani hidup sehari-harian di bawah kawalan tekanan budaya kerja yang tinggi dan kemudian anda keluar daripada ruang tersebut, anda akan menjadi seperti seorang perokok tegar yang secara mendadak ingin berhenti. Itu jauh lebih berbahaya.  Keselesaan membunuh anda. Membaca buku Boonsiri Somchit  When The Chicken Dies, Everyone Cries membuatkan saya rindu semula pad...

Tawaran sebuah buku baharu dan hadiah misteri buat pembaca

Bermula 1 Mac 2017 sehingga 24 Disember 2017, saya (dibantu oleh seorang pembantu) akan mencari ulasan terbaik buku-buku tulisan saya sendiri di blog atau gooodreads. Tiada syarat khusus ulasan tersebut berbentuk memuji (boleh saja menegur atau mengkritik) dan mana-mana buku (sama ada novel remaja, kumpulan cerpen atau novel) bebas diulas menurut citra rasa dan pandangan jujur pembaca. 10 ulasan terbaik (untuk mana-mana kategori) akan dipilih dan diberikan penghargaan berupa sebuah buku (judul baharu) terbit. Dan dua ulasan terbaik antara terbaik akan diberi hadiah misteri. Oh ya, jika anda belum pasti buku apa yang hendak dibaca dan diulas, saya senaraikan beberapa senarai buku yang diterbitkan dalam tempoh masa lima tahun. Novel 1) Dukana, ITBM, 2013 2). Anatomi Rupert - ITBM, 2013 3). Di Seberang Jalan - ITBM, 2014 4). Trivia - ITBM, 2015 5). Sekurun Mencari Sinar - DBP, 2015 Kumpulan Cerpen 1). Misi Penyepit Kain - ITBM, 2013 2). Melawan Yang Mustahil- ITBM, 20...

buku baharu 2017; kumpulan cerpen remaja

Image
Buah tangan pertama tahun 2017 :) Boleh dapatkan naskah ini di laman sesawang dbp niaga  http://dbpniaga.my/ms/buku-sastera/869-kumpulan-cerpen-remaja-fiksi-buat-marquez-9789834910679.html?search_query=fiksi&results=1 Salam hormat. RM