Posts

Showing posts from December, 2015

delicacy, david foekinos dan perancis

Image
Terdapat tiga dalil mengapa saya membaca novel ini: 1). Saya mula mengikuti sastera Perancis semenjak menggemari Gregoire Delacourt menerusi 'Wishlist' 2). Pengarang Perancis selalu tidak menyusahkan pembaca dengan cerita yang sukar - sering mudah, sederhana namun berbekas. 3). Sangat 'Perancis' Buku ini diterjemah oleh Bruce Benderson daripada bahasa Perancis. Terbitan asli berjudul La Delicatesse, 2009 dan terjemahan  bahasa English dilakukan oleh Harper Collins Publishers pada tahun 2011. Ceritanya mengenai Natalie (Audrey Tataou), seorang wanita muda yang baharu berkahwin namun suaminya meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan yang dahsyat dan kegembiraan yang dinikmatinya berubah sekelip mata. Tidak lama kemudian, Natalie berusaha untuk maju ke hadapan dan meneruskan hidup dan kemunculan Charles memberikan satu harapan baharu buat Natalie. Akan tetapi Natalie masih keliru, berteka-teki, berperang dengan diri sendiri dan masih terper...

Cyril Alliston, Threatened Paradise dan pengalamannya di borneo utara

Image
Diterbitkan di Great Britian pada tahun 1966. Buku ini mempunyai empat bahagian: 1). Sea Gypsies Coast 2). Borneo's Mild Men 3). The Hills of the Muruts 4). The Chinese. Serta epilog mengenai penyertaan Sabah ke dalam pembentukan Malaysia.  Pengamatan Alliston mengenai manusia-manusia di Borneo Utara pada tahun-tahun maklumat dalam buku ini ditulis amat baik sekali dan kebenaranya dapat disahkan. Membaca beberapa bahagian buku ini sering membawa ingatan saya terhadap buku tulisan Henri Fauconnier yang menulis Malaisie (bahasa Perancis sebelum diterjemahkan ke bahasa Inggeris: The Soul of Malaya) naratifnya segar dan membuat saya tersenyum-senyum sendiri meskipun pada bahagian Alliston menggambarkan seorang pemuda Bajau mencuri kerbau. Secara kebetulan juga buku ini saya baca setelah membaca buku-buku tulisan Agnes Keith dan sebuah buku tulisan Oscar Cook berjudul Borneo The Stealer of Heart, yang ternyata membantu mengukuhkan gambaran sosial masyarakat yang ...

buku menjana kekayaan malar segar

Image
"Cahaya matahari yang bersinar pada hari ini adalah cahaya yang sama bersinar pada hari ayah kita dilahirkan. Ia akan tetap bersinar apabila keturunan kita yang terakhir meninggal dunia" - Algamish, antara lelaki terkaya di Babylon.  Daripada sederetan buku-buku bukan fiksi yang berbentuk motivasi, panduan pengurusan kekayaan serta kaedah menjana pendapatan terdapat satu buku yang melekat dalam fikiran saya meskipun ia telah ditulis sejak lama dahulu oleh George S.Clason. Barangkali nilai sentimental dalam buku ini yang menarik perhatian, lebih-lebih lagi latarnya pada zaman Babylon. Ruang lingkupnya masih berfokus terhadap raja-raja, emas, dewi tuah, tembok-tembok tinggi kota, rumah-rumah tembikar, pedagang unta, tanah-tanah liat dan kuil-kuil purba. Bukan kisah bagaimana poket boleh terisi dengan wang sepanjang masa yang dipaparkan dalam buku ini yang memikat saya - kerana zaman kita sekarang sudah ada buku-buku 'Menjadi Kaya' temporari misalnya buku-b...