Posts

Showing posts from May, 2021

Night, memoir seorang anak Yahudi yang terselamat daripada Nazi

Image
Buku ini asalnya ditulis dalam bahasa Perancis, terbit pada tahun 1958, 13 tahun selepas pengarangnya Elie Wiesel bebas daripada maut Perang Dunia ke 2. Pada tahun 1960 buku ini diterjemah ke bahasa Inggeris lalu menjadi buku laku keras seluruh dunia dan pada ketika itu beliau berusia 32 tahun. Saya membaca buku ini kali pertama pada tahun 2009 yang diterjemah oleh Marion Wisel. Dan, membaca kali kedua dalam terjemahan Bahasa Indonesia yang diterjemah oleh Marianne Katoppo pada tahun 2013. Saya membacanya sekali lagi pada tahun 2021 kerana dunia Islam digegarkan oleh serangan Zionis di Gaza pada sepuluh Ramadan akhir. Pada tahun 1986 Wiesel dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan. Saya tertanya-tanya, selain Talmud, apakah Yahudi membaca lebih daripada sekali akan buku yang bagus ini? Kerana ia menyampaikan kesakitan orang Yahudi selama Perang Dunia Ke 2, dicengkam oleh kekuasaan Nazi Jerman.  Gambaran Wiesel tentang manusia membunuh, menyiksa, memakan manusia sendiri bukanlah tulisan ...