Posts

Showing posts from November, 2020

Rumah, manusia dan buku

Image
  Yang menghidupkan bangunan dan rumah ialah buku. Yang menghidupkan buku dan tulisan ialah pembacaan - Ruhaini Matdarin. Anda tahu wahyu pertama diterima Nabi Muhammad SAW ialah iqra? Membaca? Anda tahu membaca buku-buku yang baik adalah makanan jiwa? Nah! Ini senarai buku baharu dan buku lain penulis yang masih beredar dengan baik di pasaran. Novel Yang Mendekat dan Menjauh, 2020 Anda suka fiksyen sejarah dan nostalgia? Anda suka drama, thriller dan percintaan? Cuba baca buku ini.  https://dbpniaga.my/Inventori/Detail_Inventori?i=NDQyOA== Buku Cerpen Cerita Orang Orang Sunyi, 2020 Anda mahu membaca tulisan yang lain daripada yang lain tetapi masih sedap? Realiti? Rasa sunyi yang membikin kita berfikir macam-macam? Cuba buku ini.  https://shopee.com.my/Ruhaini-Matdarin-Cerita-Orang-orang-Sunyi-(Cerpen)-i.244858014.5228010556 https://shopee.com.my/Cerita-Orang-Orang-Sunyi-RUHAINI-MATDARIN-i.151076202.6223947485 Kenangan Melankolik Pefempuan Pendamping Waktu, 2020 Anda suk...

YANG MENDEKAT DAN MENJAUH

Image
 Manuskrip novel ini saya mulakan lebih awal daripada Hari-Hari Terakhir di Jesselton. Awal beberapa bulan tetapi tidak saya sudahkan kerana hilang momentum (pada ketika itu), anda yang pernah membeli dan membaca novel tersebut pasti mengetahui tahun terbitnya ialah pada 2018. Novel Yang Mendekat dan Menjauh ini saya mulakan sejak pertengahan tahun 2015, siap sepenuhnya pada 2017. Terbit 2020. Ingatan saya ketika menukangi novel ini sudah kabur. Akan tetapi, saya mengingati teks rujukan yang membantu saya menyudahkannya - buku-buku langka dan obsesi terhadap Agnes Newton Keith - saya mengumpul semua buku-bukunya dan menghafal catatan kembaranya di Borneo Utara sehinggalah perang meletus. Saya pergi melawat rumahnya di Sandakan dan membayangkan saya hidup pada zamannya. Sudah tentu, ia sukar memasuki, menyalin dan menyuntik semangat zaman yang terdapat dalam novel ini, saya sedar bahawa satu-satunya hal yang perlu saya titik beratkan ialah kekuatan gambaran watak serta latar masa. M...