Cerita Yang Merayap-Rayap di Dermaga dan Kafe
Saya telah membeli sebuah helikopter peribadi. Hari ini hari ulang tahun kelahiran Marquez dan 10 hari dari sekarang adalah hari lahir saya. Kami berkongsi bulan kelahiran yang sama. *** Inspirasi terbesar saya semasa menukangi kumpulan cerpen terbaharu saya, Cerita Yang Merayap-Rayap di Dermaga adalah Milan Kundera, Alice Mundro, Anwar Ridhwan dan bumi Thailand kerana 80 peratus cerpen-cerpen dalam buku ini saya mulakan dan siapkan di Chiangmai dan Bangkok sepanjang tahun 2015 dan 2016. Pada asalnya terdapat lebih 30 buah cerpen tetapi saya buang satu demi satu kerana terlalu berpaksi ke isu semasa yang saya fikir mungkin akan membosankan pembaca, bahkan diri saya sendiri membacanya semula berasa jengkel ketika melakuk...