hal-hal yang tertangguh dan terus berjalan
1.) Saya menghadiri Dialog Teluk Ke-10 di Lawas, 28 September- 1 Oktober 2017. Saya pernah menghadiri Dialog Teluk Ke-6 di Labuan, sembilan tahun lalu. Tidak banyak yang berubah. Tiada yang baharu. Orang-orangnya masih sama. Audien dirancang (datang untuk berjalan-jalan, melihat pemandangan, jumpa teman-teman dan mengimbau kenangan) dan saya fikir, sekiranya umur saya panjang dan saya menghadiri Dialog Teluk sekali lagi sembilan tahun akan datang, hal yang sama akan berlaku. Akan tetapi, demi nama sastera dan persuratan, saya berkata dalam hati; ini masih okay. Bukan senang ingin menganjurkan acara besar (?) seperti ini dan melibatkan manusia yang datang dari pelbagai wilayah. Saya yakin hasrat semua orang murni. Cinta, ingin tahu, kesunyian, matlamat peribadi, jaga hati dan senarainya akan terus berjalan telah menemukan kita dengan seseorang atau sekumpulan manusia pada setiap acara dan mencipta kenangan. Dan saya yakin hasrat semua orang murni. Demi sastera dan persuratan...