superman meninggal?
Alasan utama saya pergi menonton Batman V Superman: Dawn of Justice, bukan disebabkan kerana Ben Affleck (yang tidak menyukai komik tapi akhirnya memegang watak Batman seorang adiwira adaptasi komik) tapi kerana political interest dalam plot yang ditawarkan kepada 'pencari bahan' seperti saya. Tambahan pula sejak kebelakangan ini saya menggemari mana-mana idea 'mash up' sama ada dalam industri buku atau hiburan. Sebelumnya sudah muncul Pride and Prejudice and Zombie hasil adaptasi daripada karya Jane Austen dan Seth Grahame Smith. Saya juga telah melakukan percubaan kecil menerusi novel TRIVIA. Walaupun ia tidak menepati idea mash up dan lebih kepada interteks, namun proses menulis novel tersebut sangat menyeronokkan. Menonton pada hari pertama tayangannya di Malaysia. Full house. Bila full house, macam-macam jenis penonton yang berada di dalam pawagam. Termasuk bayi berusia setahun ke bawah yang ingin mengatasi Superman terbang dalam filem dengan tangisan me...