pesona karya indie; dalam kepala seorang posmen
Kumpulan cerita pendek yang sangat pendek pernah saya baca. 85 halaman. Karya Lang Rahman. Buku ini saya beli bersama-sama Pena Alam di kedai buku Popular pada petang Jumaat, minggu terakhir bulan Februari 2016. Kami tidak berfikir panjang, masing-masing capai sebuah. Saya membacanya 'sekali harung' pada malam Sabtu. Habis dalam dua jam. Saya suka naratifnya meskipun sepanjang pembacaan saya tidak dapat membuang bayangan Etgar Keret, Murakami dan Roslan Jomel. Saya tidak ingin meneka bahawa Lang Rahman pembaca tegar cerpen-cerpen Etgar Keret. Cuma saja, Lang Rahman 'mengawal diri' untuk tetap tidak terbabas menuliskan hal-hal yang sepertimana Etgar Keret menulis dan menyebut hal-hal dalam seluar dalam secara terus tanpa berselindung. Cerpen-cerpen 'kontot' di dalam kumpulan cerpen ini kadangkala menyerupai sketsa, misalnya cerpen Antara Cemburu dan Tayar Lori, ditulis cuma dua perenggan. Begitu juga dengan cerpen Eksperimen Karim, Gambus dan Fara ...